Assalamualaikum, holla geng. lamanya tak post blog. yang ni gentle dah berhabuk teruk. Hahahaha, last post 2013, kira ah berapa lama tak post >.<
How nak start the story eh? em, before baca post ni sila baca post yang sebelum ni dulu. baru paham cerita, AHAHAHAHA. nak tahu something tak? IOLLS KAHWIN DENGAN BOYFRIEND IOLLS DARI TAHUN 2010 TU. tak kenal kan siapa, sebab tu suruh baca post sebelum ni.
iolls kenal dia ni dari iolls form 2 tak silap iolls, then couple break couple break sebab iolls masuk asrama. jumpa balik pun sebab rumah nenek weolls satu taman. weolls ni satu kampung. so memang kenal lah each other.
lepas iolls masuk asrama tu lost contact gitu je, sampai lah dah habis belajar pun still tak contact just stalk dengan socmed je. nak dijadikan cerita, iolls terkejut dapat tahu dia nak kahwin dah. memang tak berani lah nak tegur yelah sebab dah jadi tunang orang kan takkan nak tegur pulak.
kan awal tahun haritu start pkp, iolls pun lama tak datang rumah nenek. memang tak jumpa dia lah kan. jumpa balik bulan 6 haritu, tu pun terkejut teruk dia sebab iolls jerit "WOOIIIIII" hahahaha, dia ingat iolls taknak tegur dia. yelah dah depan mata takkan tak tegur pulak, kang kata sombong. masa ni dia tolong family iolls buat delivery makanan.
then iolls tanya lah dia majlis bila pe semua, dia cakap tak jadi sebab ex-tunang dia yang batalkan tunang. sebab apa? iolls malas nak cerita aib orang, kita diam je k. then dia tanya la pasal iolls dengan siapa sekarang apa semua. dia mintak nombor masa iolls nak balik dah. then dia hulur tangan, iolls pun salam lah macam biasa iolls salam dia.
otw balik rumah tu dia ws iolls ajak kahwin, dia kata takyah risau semua benda dah settle. iolls cakap lah, awal lagi nak kahwin ni. masa ni dalam kepala otak iolls mana nak cari duit pe semua en. yelah tetiba ajak kahwin iolls pun tak stable lagi.
dia cakap takyah pikir semua tu,dia dah settlekan. 2 minggu lepas tu kot dia bawak iolls jumpa mama dia. sebelum iolls jumpa mama dia tu, dia ada cerita yang mama dia tanya dia kawan dengan siapa sekarang ni, sebab perangai dia lain dari masa mula-mula dia putus tunang tu. dia cerita lah dekat mama dia yang dia dengan iolls. tak sangka lak mama dia ingat iolls yang mana satu. mama dia tanya serious ke nak kahwin dengan iolls, dia jawab serious nak kahwin. and mama dia pun restu weolls kahwin sebab mama dia memang tak suka dekat ex-tunang dia tu.
then parents dia jumpa parents iolls borak pasal majlis pe semua tu, padahal iolls nak nikah and sanding tahun depan. kiranya sempat ah kumpul duit pe semua tu. but apa boleh buat kita hanya merancang Allah yang menentukan. mula mula bincang nak ambik tarikh 10/10/2020 sebab tarikh tu cantik tapi sebabkan pkp and ada kes dengan ex-tunang dia ni, weolls cepatkan nikah 09/09/2020 sanding 27/09/2020. Alhamdulillah everything went well, siapa sangka boyfriend dari 2010 ajak kahwin sepuluh tahun kemudian kan? hahaha tak pernah terpikir pun >.<
nak cerita lagi next post okay? panjang sangat dah ni, hahahah. so jumpa next post peeps!
xoxo, A publish :)